Saukass Bukan Sekadar Kasut. Ini Cerita Perjuangan.


Saukass lahir daripada tapak yang jujur. Bermula dari pasar malam, dari bonet kereta, dari tekad seorang anak FELDA bernama Ikmal atau lebih dikenali sebagai Abang Bob yang percaya bahawa setiap langkah boleh membawa makna, dan setiap kasut boleh membawa cerita.


Saukass bukan dicipta untuk ikut trend semata. Setiap pasang kasut yang dilancarkan membawa jiwa, ilham dan nilai. Dari koleksi BUDI yang memberi penghormatan kepada ayahanda tercinta dan para peneroka FELDA, hinggalah ke koleksi Lumuz yang menampilkan gaya jalanan tempatan dengan sentuhan klasik.



Pengasas Kami: Ikmal Aliff Mustafa (Abang Bob)


Seorang usahawan kreatif yang memulakan bisnes dari bawah. Dari berniaga jersey dan kasut bundle, beliau perlahan-lahan membina Saukass menjadi jenama yang dikenali dan dihormati hari ini.


Abang Bob percaya bahawa kasut bukan sekadar untuk dipakai. Ia adalah cara untuk angkat budaya, cerita hidup, dan semangat perjuangan orang biasa yang luar biasa.



Misi Kami


Menjadikan kasut tempatan sebagai simbol identiti, semangat dan gaya rakyat Malaysia.



Visi Kami


Menjadi jenama kasut tempatan yang bukan sahaja bergaya, tapi ada jiwa dan diingati bukan kerana rupa semata, tapi kerana kisah di sebaliknya.



Koleksi Ikonik Kami

        BUDI – Sebuah penghargaan kepada peneroka FELDA dan jasa ayahanda

        LUMUZ – Inspirasi dari Lumut, gaya jalanan bernafas klasik

        WIRA JUANG & WIRA SAKTI – Untuk setiap ‘hero’ yang tak didendang

        CHAMP WHITE – Simbol kemenangan yang tidak menjatuhkan sesiapa

        SUMPAH & SETIA – Koleksi Merdeka penuh semangat perjuangan



Dari Pasar Malam Ke Peringkat Nasional


📍 2017 – Jualan pasar malam & carbooth

📍 2019 – Buka showroom pertama

📍 2021 – Masuk platform digital

📍 2022 – Viral di TikTok

📍 2024 – Kolaborasi bersama FELDA & Achey

📍 2025 – Koleksi BUDI dijadikan simbol warisan dan cinta



Ayuh Bersama Kami


Saukass bukan sekadar jenama. Ia adalah gerakan. Satu semangat untuk bangkit. Satu platform untuk yang berjiwa lokal berdiri sama tinggi.


#Saukass

#LocalBrand